Tuesday, 4 October 2016

KRAFTANGAN TRADISIONAL DI SABAH


Sabah merupakan negeri kedua terbesar di dalam malysia,sabah terletak di utara pulau borneo. Gelaran negeri di bawah bayu,sabah memiliki kelebihan dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat . Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi malah kaya dengan kebudayaan dan kesenian masyarakatnya.Masyarakat majmuk di sabah membolehkan kita menikmati keunikan dan keindahan yang terdapat di sabah.Walaupun sabah kaya dengan kesenian dan kebudayaan terdapat juga perbezaan yang ketara antara satu sama lain .
Fungsi kraf tangan yang di miliki masyarakat asli di sabah asalnya bertujuan untuk melindungi/berteduh,menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali.Mereka menghasilkan pelbagai jenis barangan tetapi lebih menumpukan kepada fungsi barang tersebut tidak kepada perhiasan.Benda-benda yang di hasilkan meliputi kelengkapan rumah,alat buruan,alat pertanian dan upacara ritual atau keagamaan. Penghasilan kraf tangan mereka bergantung kepada sumber alam semulajadi dan keperluan dari budaya mereka. 


                               
                                                     SOMPOTON

Sompoton adalah sejenis alat muzik tiupan dalam kategori Erofon.Ia dikatakan berasal dari negeri Sabah.
DIPERBUAT:
Sompoton diperbuat daripada labu kering dan paip buluh.Sebanyak lapan batang paip buluh diikat bersama di dalam dua barisan iaitu empat batang paip buluh bagi setiap baris dan dimasukkan ke dalam sebuah labu yang dikeringkan.Setiap paip buluh tersebut mempunyai nama-namanya yang tersendiri.
FUNGSI:
Sompoton adalah salah satu alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian suku kaum Kadazan iaitu Tarian Sumazau.





SIRUNG
Sirung ini digunakan oleh masyarakat Dusun Kimaragang sebagai alat untuk melindungi kepala daripada terik matahari ketika pergi “mongumo”- bekerja atau bercucuk tanam di ladang atau kebun. Boleh dikatakan, sirung ini sama fungsinya dengan topi yang ada pada masa sekarang. Selain daripada itu, sirung juga boleh dijadikan sebagai tudung saji.  






1 comment: